THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Lets be part of me :)

Friday, January 25, 2013

#28

Hye semua. Sihat? Harap-harap sihat la ya? Sebab Manje dekat sini sihat alhamdulillah :) Lama tak update blog. Rindu. Macam-macam benda jadi :) Ini lah kehidupan kan. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Sebab tu, korang semua sentiasa kena beringat bila korang semua dekat atas nun, bukan beringat time korang kat bawah je. Ok? Hehe. Wahh! Pandai cakap Manje ;D

Sekarang ni hidup aku tak selalunya happy. FULLSTOP! Ye la. Aku jauh dari family, dari sahabat-sahabat aku, kawan-kawan, and kekasih. Erkk. Kekasih? Hmm. Sumpah aku rindu dekat umie :'( Aku taknak practical dekat sini :'( Ohh lupa nak bagitau korang semua, aku sekarang practical dekat The Loaf, 1 Sharmelin. 7 Februari ni genap sebulan aku practical. InsyaAllah 7 Mei ni habis. Korang semua tolong tau, doakan aku berjaya tamatkan latihan perindustrian ni. Amin. Okay. Sambung balik cerita tadi. Aku nak umie ada dengan aku :'( Sumpah aku sedih duduk sini. Kadang-kadang timbul rasa menyesal aku pilih tempat ni. Tapi berdosa & benda dah pun jadi. Semua ni Allah dah tulis & susunkan. Maybe ada hikmah semua ni. Yes! Salah satu hikmahnya, aku dah tau perangai sebenar kawan-kawan aku :) Aku pernah rasa down disebabkan kawan baik sendiri. Tapi aku pun dah lama maafkan si dia. Now, lain sikit, aku down untuk seorang kawan yang aku baru kenal tak sampai setahun. Aku terkilan dengan perangai kawan aku ni. Hmm. Nak cerita dekat sini public sangat, macam tak best pulak kan? Kang ada pulak yang kata, aku ni busuk hati, jahat la, & macam-macam lagi la. Well.. Hati orang lain-lain. Fikiran orang pun lain-lain. Apa yang aku nak cakap dekat sini, hati-hati la dengan orang yang kita baru kenal. Kadang-kadang orang ni dia tak boleh tengok orang lebih dari dia. Kadang-kadang jugak orang tu nak kita kawan dengan dia, macam-macam yang dia nak impress dekat kita. Kadang-kadang jugak, orang yang nak kawan dengan kita ni, sanggup menipu and menghabiskan duit dia untuk kita, pada mulanya la kan. So, jaga-jaga. Jangan sampai termakan umpan kawan macam tu tau :) Aku ni dah terkena umpan dia, bukan termakan okay? Kalau termakan, aku dah jadi bodoh ikut apa dia cakap. Nasib la Allah kurniakan aku fikiran yang baik walaupun aku tak berapa pandai untuk berfikir. Alhamdulillah, sekarang aku dah dapat tau mana yang benar, mana yang sandiwara. Aku memang akan kawan dengan kau, tapi bukan untuk susah, tapi untuk senang. Bukan cara ni aku nak, tapi kau yang mulakan. Kesian kau untuk sekejap Manje. Sabar ya Manje :)

Aku taknak la cerita panjang-panjang pasal kawan. Tukar mood pulak, pasal kekasih hati :) Aku ada seorang kekasih hati. Mana-mana pun tau aku ada seorang sahaja kekasih hati. Yang stalker aku pun tau aku hanya ada seorang. Amat, dia lah orangnya :) Kitorang bercinta tahun ni tahun keempat. Memang banyak sangat dugaan. Memang banyak jugak kebahagiaan. Alaa. Baru bercinta, belum kahwin pun, kau nak kecoh apa Manje? HAHA! Blog aku, aku punya suka la kan nak update apa. Tak suka, tak payah baca, tak payah stalk, tak payah follow. Easy right? Sorry* Iklan kejap ;D Aku nak update harini pun disebabkan dia :( Yang pasal kawan tu pembuka cerita je. Hmm. Aku banyak terasa hati/kecewa/sedih dengan Amat. Aku tak bersungut tapi aku bukan jenis yang boleh memendam perasaan. Aku selalu mengharapkan dia ada dengan aku. Aku sentiasa nak dia dengar aku. Walaupun benda remeh. Tapi Amat bukan jenis macam tu. Aku di ajar untuk jadi perempuan kental. Dia sentiasa suruh aku jadi kuat untuk hadapi semuanya sedangkan aku tak boleh nak harungi semua tu. Dia sentiasa biarkan aku untuk aku berdiri atas kaki sendiri sedangkan aku rasa kedua-dua kaki aku dah tak mampu lagi nak bertahan. Dia sentiasa yakin aku boleh berdikari tanpa orang yang rapat mahupun sekeliling sedangkan aku rasa aku ni bukan siapa-siapa & aku ialah kosong. Aku mengharapkan dia baca apa yang aku sampaikan hari ni, aku cuma nak dia tau, tapi Amat bukan macam tu. Dia bukan jenis social network person. Kalau tidak, memang dah lama dah aku bersweet sour dgn dia dkt mana-mana social network. Bunyi ketinggalan kan, budak-budak zaman sekarang pun lagi advance kan? Tapi tak apa. Aku dah tak pernah kisah semua tu. Yang aku hanya pegang apa yang dia cakap, bukan cara tu dia menunjukkan rasa cinta/sayang/rindu dia dekat aku. Bukan untuk tontonan public katanya. Cukup sekadar aku percaya bahawa dia sentiasa sayang/cintakan aku. Sentiasa yakin dia ada bersama dia walaupun dia jauh, dia takda bersama di sebelah, di kiri atau di kanan. Apa yang dia cakap, ada betulnya. Memang takda yang salah. Cuma aku yang sentiasa menyalahi dia. Tipulah aku tak jealous kan, sentiasa dapat suprise semua, memang itu yang aku ingin-inginkan, tapi apa patut aku cakap lagi, bukan itu cara dia. Aku hormat apa jua keputusan dia & aku mahukan yang sama.. Alhamdulillah aku dan dia masih mampu untuk bertahan sehingga kini. Lain kali jangan dok berangan nak dapat yang romantic/sweet. Jadi macam aku, sebaliknya yang aku dapat. HAHAHA! Joke joke* Apa-apa pun, aku bersyukur Allah beri dia pada aku. Terlalulah berharga. For Muhammad Abu Bakar - No matter what, I always want you, I always love you. Mark my words <3 nbsp="">

0 feedback: