THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Lets be part of me :)

Sunday, June 21, 2015

#34

Assalamualaikum w.b.t :)


Hi semua, apa khabar? Semoga sihat hendaknya in shaa Allah. 
Alhamdulillah Ramadhan tiba lagi. Anyway, selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak yang ke 1436H untuk tahun 2015 ini pada semua umat islam.
Selamat berpuasa guys! Semoga puasa kita semua diterima oleh Allah s.w.t. Dan semoga kita semua diberi kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk menjalankan ibadah puasa ini. Aamiin.
Walaupun macam dah lambat nak wish, tapi takpa lah. Hihi. Sorry guys puasa ke-5 baru dapat wish.
Haaa? Puasa ke-5. WOW! Kejap je kan. Maknanya lagi 25 hari kita nak raya. Yeay! Syukur :)

Ok, kat sini Manje ada selitkan niat2 puasa, so korang boleh la tengok. Walaupun Manje tahu, ada yang dah lama tahu, tapi tak salah kan nak kongsi bersama yang mana kurang tahu atau tak betul niatnya. Almaklumlah, kita semua tak lari dari kesilapan. Saya jujur, sebab kadang-kadang saya masih rujuk pada yang arif dan cuba google untuk dapat kepastian samada betul atau tak apa yang saya amalkan ni ;) Just saying & just sharing. Sorry if ada yang salah pada kata-kata saya, Saya minta maaf ya kawan-kawan.  

Okay, yang ni pula niat puasa ganti Ramadhan. Ye la, kita yang perempuan yang dah baligh ni mesti ada kan yang puasanya tak penuh. ABC katakan. Hihi. ABC? Apa benda tu? ALLAH BAGI CUTI ya. Bukan abc yang kat kedai tu. HAHAHA! Opsss! =.= 
Okay kawan-kawan, sebelum Manje nak habiskan entry ni, Manje nak share kat korang lagi satu. 

Puasa enam ialah puasa sunat. Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
 
Mudah-mudahan berguna untuk semua ya kawan-kawan. Ok lah, bye kawan-kawan :)

0 feedback: