THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Lets be part of me :)

Sunday, July 3, 2011

29 days is worst.


Setelah 702hari berkongsi cerita suka duka, ketawa air mata, akhirnya di sini lah penghujungnya.
Mungkin Tuhan tak merestui untuk kita terus bersama begini. Wallahhu'alam.
Ya. mungkin bahagia untuk kita dah lama pergi, hilang & hapus, cuma kita berdua sahaja yg menidakkan takdir & terus mereka cipta bahagia itu dari hari ke hari.
Hinggalah saat ini, terlerai jua.
Aku berserah pada ketentuan Allah.
Andai ini jalan terbaik yang aku pilih, & andai ini jualah perjanjian aku & Dia.
Benarlah jodoh di tangan Tuhan, kita hanya mampu merancang & berusaha.
Aku sedar usaha aku belum cukup untuk aku meraih kesemuanya.
Mungkin ini terjadi atas keegoanku & kesilapannya.
Aku tewas dalam mempertahankan semua ini.
Tapi aku bersyukur, aku berkesempatan untuk mengenali dia & menjalani hidup dgnnya dlm masa yang singkat ini.
Banyak benda yang aku telah pelajari, banyak ilmu yang aku telah timba.
Tuhan berikan aku cinta yang indah walaupun hanya untuk seketika. Terima kasih Ya Tuhan.
Inilah kenangan terindah yang aku inginkan, ini jualah kenangan terpahit yang aku pinta.

**You, jaga diri elok-elok. I sayang you. I nak you lagi. Tapi I tak boleh teruskan. You tetap dgn hidup you, I tetap dgn hidup I. Sampai bila? Belajar untuk berubah mcm mana you ajar I untuk berubah dari yang tidak sepatutnya kepada yang sepatutnya. Ingat, perempuan, kawan-kawan, duniawi tak bersama dengan you di akhirat kelak.

0 feedback: