THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Lets be part of me :)

Thursday, April 5, 2012

#21

Maju ke hadapan Manje. Benda dah berakhir. Takda apa lagi yang nak dibangga-banggakan.

Engkau, mungkin fikir akulah yang salah, akulah yang teruk, akulah yang jahat, akulah yang patut dapat balasan setimpal. Sedangkan kau? Mana adilnya kau? Kau nak kan kata maaf dari aku. Tapi salah aku ke semuanya? Sedangkan mana permulaannya?

Ya Allah, usirkan perasaan ini. Hilangkan rasa cinta & sayang aku padanya. Ya Allah, aku pohon.

Mungkin tak layak untuk aku berdoa. Dengan keadaan diri aku sebegini. Wallahhu'alam. Itu di antara aku dengan Yang Maha Esa.

Pernah kau bertanya kenapa aku begini? Pernah kau kaji apa silap aku, apa silap kau? Pernah kau mencuba sesuatu? Pernah kau berusaha?

Hanya kau dan aku yang lebih tahu kisah kita. Pandangan orang, aku lah yang lebih depersalahkan. Pernah orang bertanya dua belah pihak? Pernahkah orang mendengar dua belah pihak bersuara?

Sungguh aku tertekan, sungguh aku terkilan. Tak pernah aku sangka kau sanggup buat yang sedemikian. Mana hilang janji-janji kau sebelum mahukan apa yang kau nak? Mana pergi janji-janji kau selepas capainya keinginan kau? Mudah cara permainan hidup kau.

Rentak kau aku turut, rentak aku kau membalas. Terima kasih. Jangan ingat kau akan selalu menang. Dalam kehidupan, pasti ada kekalahan setelah kau beroleh kemenangan. Lambat atau cepat itu kerja Allah S.W.T. Aku hanya mampu berdoa.

0 feedback: